platforms rakuten rakuma

Diskaun 10% untuk Item Rakuma dengan ZenMarket

Dari Jepun terus ke tangan anda. Temui barangan unik dari Rakuma dengan ZenMarket.

 

 

Lihat Produk Rakuma

 

 

Promosi Mei: Diskaun 10% untuk Item Rakuma

Beli item anda dari Rakuma dengan diskaun 10%! Gunakan kod promosi semasa pembelian, sah dari 15 Mei hingga 19 Mei 2025. Tawaran ini eksklusif di ZenMarket sahaja!

Ketahui cara guna kupon

Rakuma CPN Banner Mobile Rakuma CPN Banner Mobile

Diskaun 10% untuk pembelian di Rakuma

Sah untuk item yang dibeli di Rakuma

15/5/2025 00:00 ~ 19/5/2025 23:59 (JST)

Kempen akan berakhir pada:

Kategori produk popular lain

Cari pelbagai jenis produk di Rakuma sama ada baru atau secondhand!

Dari Jepun Kepada Saya

Membawa 'harta karun' Jepun terus ke depan pintu anda, di mana sahaja anda berada!

Dari Jepun Kepada Saya / From Japan to Me (FJTM) ialah inisiatif global oleh ZenMarket menampilkan keseronokan menemui dan membuka kotak barangan unik dari Jepun.

3wghca52

Kenali Rakuma

Rakuma (sebelum ini dikenali sebagai fril.jp) ialah antara platform jual beli barangan secondhand terbesar di Jepun, di mana rakyat Jepun menjual barangan mereka dari seluruh negara.

Di sini, anda boleh temui pelbagai item rare yang sukar didapati di tempat lain terutamanya beg jenama mewah, pakaian, komputer riba terpakai, telefon pintar dan barangan teknologi lain.

Sedang cari tawaran hebat atau item rare & vintaj? Rakuma ialah tempat terbaik untuk mula mencari.

Kenapa Beli Dari Rakuma?

Harga Menarik

Penjual Jepun di Rakuma tawar harga yang sangat berpatutan.

Rakan Rasmi & Penilaian Percuma

Rakuma rakan rasmi dipercayai dan menawarkan penilaian percuma untuk pastikan pembelian anda tulen dan selamat.

Pelbagai Jenis Produk

Rakuma menawarkan pelbagai pilihan barangan dalam pelbagai kategori, dijual oleh individu dan perniagaan.

Baru atau Secondhand

Daripada produk baharu hinggalah barangan terpakai dan pembelian pukal, Rakuma menawarkan pelbagai pilihan dalam pelbagai keadaan dan kuantiti.

Ribuan Senarai Baharu Setiap Hari

Berpuluh ribu produk disenaraikan setiap hari oleh individu dan syarikat.

Item Rare & Unik

Temui barangan Jepun yang unik dan sukar didapati, termasuk koleksi istimewa dan edisi terhad yang tiada di kedai biasa.

06ced22b0d6442da8c315fc183ac30c9

ZenMarket x Rakuma: Kolaborasi Strategik

Membeli-belah di laman asing dengan bahasa asing boleh jadi menakutkan, terutamanya untuk barangan terpakai. Sebab itulah ZenMarket bekerjasama dengan Rakuten Rakuma untuk memudahkan pengalaman beli-belah anda secara dalam talian.

Rakuma telah diintegrasikan terus ke dalam laman ZenMarket, jadi anda boleh melihat senarai produk Rakuma dalam bahasa dan mata wang pilihan anda.

Integrasi Rakuma di laman kami membolehkan anda mencari produk dengan lebih lancar dan terus tambah ke troli beli-belah ZenMarket anda.

Beli Di Rakuma Dengan 3 Langkah Mudah

1

Pilih produk

Lihat terus item Rakuma di ZenMarket, lawati laman web Rakuma dan tambah ke troli ZenMarket anda, atau tampal pautan item Rakuma ke dalam bar carian ZenMarket.

2

Bayar item

Bayar item anda menggunakan kaedah pembayaran pilihan anda dan tunggu ia dihantar ke gudang kami di Jepun.

3

Buat dan hantar bungkusan

Sebaik sahaja item anda sampai ke gudang kami di Jepun, buat bungkusan dan hantar menggunakan kaedah penghantaran pilihan anda!

Tip dan Trik Semasa Membeli-Belah di Rakuma

Membeli-belah di platform seperti Rakuma di Jepun ialah cara terbaik untuk mencari barangan yang unik dan mampu milik. Berikut beberapa tip dan trik untuk bantu anda menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih lancar.

Rakuma Product Image

Perhatikan gambar item dengan teliti

Sentiasa semak gambar dengan cermat untuk memahami keadaan sebenar produk tersebut.

Rakuma Seller rating

Lihat profil penjual

Profil setiap penjual mengandungi maklumat tentang penilaian dan jumlah item yang telah dijual. Gunakan maklumat ini untuk menilai reputasi mereka di platform Rakuma.

Rakuma Product Discription

Baca penerangan produk dengan teliti

Perhatikan setiap butiran, terutamanya berkaitan dengan keadaan item.

FAQ Rakuma

Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila hubungi Team Khidmat Bantuan kami.

Hubungi Kami

  1. Jenis diskaun:
    Diskaun 10% akan digunakan pada setiap item yang layak semasa pembelian. Diskaun ini akan terus dipaparkan dalam jumlah pesanan anda selepas memasukkan kod kupon.
    Sila ambil perhatian: Diskaun maksimum adalah 10,000 JPY bagi setiap item.

  2. Item yang layak:
    Promosi ini hanya terpakai untuk item di Rakuma. Item daripada kedai atau platform lain tidak layak menerima diskaun ini.

  3. Tempoh kempen:
    Dari 15 Mei 2025, 00:00 hingga 19 Mei 2025, 23:59 (JST)

  4. PENTING:

    1. Pesanan anda mesti dibeli oleh ZenMarket dalam tempoh promosi untuk layak menerima diskaun.

    2. Sila ambil perhatian bahawa item anda mungkin tidak layak untuk diskaun dalam situasi tertentu jika item tersebut tidak boleh dibeli serta-merta disebabkan keperluan tindakan tambahan. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

      1. Penjual meminta kami hubungi mereka sebelum pembelian dibuat.

      2. Maklumat pesanan item tidak lengkap.

      3. Semakan keselamatan akaun untuk item berharga tinggi.

      4. Stok penjual (item telah habis, had pembelian, dan sebagainya).

    3. Untuk memastikan pesanan anda dibuat dalam tempoh promosi, kami sarankan anda membuat pesanan sekurang-kurangnya 2 – 3 hari sebelum promosi tamat.

    4. Promosi ini hanya terpakai untuk harga item dan tidak termasuk kos penghantaran.

    5. Kami tidak dapat membatalkan item selepas anda menekan butang pembayaran. Jika anda ingin membatalkan item, sila padamkan item tersebut dari troli sebelum membuat pembayaran. Pesanan dari Rakuma tidak boleh dibatalkan selepas bayaran dibuat, tanpa mengira sebab.

    6. Sebelum membeli, pastikan item tersebut boleh dihantar ke negara anda dan tidak tersenarai sebagai item terlarang. Kebanyakan item terlarang tidak boleh dipulangkan dan akan dilupuskan atas kos pembeli.

    7. Setiap pengguna hanya dibenarkan memiliki satu (1) akaun ZenMarket. Pengguna yang didapati memiliki lebih daripada satu akaun akan dianggap melanggar Terma & Syarat dan tidak layak menerima diskaun.

    8. ZenMarket berhak menyekat atau menyenarai hitam akaun yang melanggar Terma & Syarat.

    9. Pengguna yang menyertai kempen ini dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat.

    10. ZenMarket berhak membuat keputusan akhir mengenai kesahihan item untuk promosi ini. Sebarang keputusan oleh ZenMarket adalah muktamad.

    11. Kupon diskaun ini boleh digunakan sehingga 99 kali.

    12. Nilai item akan tetap diisytiharkan pada harga asal penuh untuk tujuan cukai dan kastam. Contohnya, jika harga asal ialah 1,000 yen dan selepas diskaun menjadi 900 yen, nilai yang diisytiharkan tetap 1,000 yen.

Berikut cara melakukannya dalam 5 langkah:

  1. Akses Rakuma melalui tab khusus (Penjual Kedai atau Penjual Individu) di ZenMarket.
  2. Cari produk Rakuma melalui ZenMarket.
  3. Tambah item ke troli beli-belah anda.
  4. Masukkan kod kupon semasa checkout.
  5. Bayar item Rakuma anda melalui ZenMarket.

Sila ambil perhatian bahawa pembelian di Rakuma adalah muktamad. Jika anda ingin membatalkan sesuatu item, sila klik ikon tong sampah di sebelah butang pembayaran sebelum membuat bayaran. Selepas pembayaran dibuat, kebanyakan pesanan tidak boleh dibatalkan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara membeli di Rakuma, sila rujuk panduan penuh beli-belah di Rakuma.

Apabila anda membeli item di Rakuma, anda perlu membayar:

  1. Harga item
  2. Caj penghantaran domestik (daripada penjual ke gudang ZenMarket)
  3. Caj Perkhidmatan ZenMarket (¥500 setiap item atau lot)

Selalunya, kos penghantaran domestik (antara penjual dan ZenMarket dalam Jepun) sudah termasuk dalam harga, tetapi dalam sesetengah kes, penjual menyatakan penghantaran "cash on delivery". Dalam situasi ini, ZenMarket tidak dapat mengetahui kos sebenar sehingga item tiba di gudang kami. Kami akan membayar caj penghantaran tersebut apabila item sampai dan jumlah tersebut akan ditolak daripada baki akaun ZenMarket anda.

Tidak, ZenMarket tidak boleh merunding harga item di Rakuma dengan penjual bagi pihak anda. Harga yang ditetapkan oleh penjual adalah muktamad. Kami tidak dapat meminta harga lain, walaupun atas permintaan khas.

Kami membuat penghantaran ke kebanyakan negara / wilayah. Sila semak pilihan penghantaran untuk negara anda di kalkulator caj penghantaran antarabangsa kami.

Mula Terokai Item Kegemaran Baharu Anda dari Jepun Hari Ini

Dengan platform seperti Rakuma, anda pasti akan terkejut dengan pelbagai item menarik yang boleh ditemui. Jangan tunggu lagi . Mula cari barangan rare yang hanya boleh didapati di Rakuten Rakuma!

Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan Dasar Privasi dan Kuki kami.