platforms rakuten rakuma

Dapatkan 15% cashback dalam bentuk ZenPoints untuk SEMUA produk Rakuma!

Dari 20 Mac 2026 16:00 hingga 23 Mac 2026 16:00 (JST) Had 50,000 ZenPoints untuk setiap item.

 

 

Lihat produk Rakuma

3 cara mudah untuk nikmati cashback

1

Tambah produk dan bayar

Beli semasa tempoh kempen

2

Buat bungkusan dan hantar

Selepas produk sampai di gudang ZenMarket, buat bungkusan dengan satu atau gabung produk

3

Tahniah! Cashback kini di tangan anda!

Selepas penghantaran bungkusan, cashback akan dikreditkan ke akaun akan anda 

Kategori produk popular lain

Cari pelbagai jenis produk di Rakuma sama ada baru atau secondhand!

3wghca52

Kenali Rakuma

Rakuma (sebelum ini dikenali sebagai fril.jp) ialah antara platform jual beli barangan secondhand terbesar di Jepun, di mana rakyat Jepun menjual barangan mereka dari seluruh negara.

Di sini, anda boleh temui pelbagai item rare yang sukar didapati di tempat lain terutamanya beg jenama mewah, pakaian, komputer riba terpakai, telefon pintar dan barangan teknologi lain.

Sedang cari tawaran hebat atau item rare & vintaj? Rakuma ialah tempat terbaik untuk mula mencari.

Kenapa beli dari Rakuma?

discount price tag

Harga menarik

Penjual Jepun di Rakuma tawar harga yang sangat berpatutan.

inspection

Rakan rasmi & penilaian percuma

Rakuma rakan rasmi dipercayai dan menawarkan penilaian percuma untuk pastikan pembelian anda tulen dan selamat.

frame 546

Pelbagai jenis produk

Rakuma menawarkan pelbagai pilihan barangan dalam pelbagai kategori, dijual oleh individu dan perniagaan.

shop guitars

Baru atau secondhand

Daripada produk baharu hinggalah barangan terpakai dan pembelian pukal, Rakuma menawarkan pelbagai pilihan dalam pelbagai keadaan dan kuantiti.

frame 548

Ribuan senarai baru setiap hari

Berpuluh ribu produk disenaraikan setiap hari oleh individu dan syarikat.

noline shop

Item rare & unik

Temui barangan Jepun yang unik dan sukar didapati, termasuk koleksi istimewa dan edisi terhad yang tiada di kedai biasa.

FAQ Rakuma

Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila hubungi Team Khidmat Bantuan kami.

Hubungi Kami

  1. Jenis diskaun:
    15% daripada nilai perbelanjaan bagi setiap item akan dikreditkan secara automatik ke akaun ZenMarket anda sebagai ZenPoints pada hari item dihantar ke luar negara. Had maksimum cashback ialah 50,000 ZenPoints bagi setiap item.

  2. Item yang layak:
    Promosi ini hanya terpakai untuk item dari Rakuma. Item yang dibeli dari kedai atau platform lain tidak layak untuk cashback ZenPoints.

  3. Tempoh kempen:
    Dari 20 Mac 2026, 16:00 hingga 23 Mac 2026, 16:00 (JST).

  4. PENTING:

    1. Pesanan anda mesti dibeli oleh ZenMarket dalam tempoh promosi untuk layak menerima diskaun.

    2. Sila ambil perhatian bahawa item anda mungkin tidak layak untuk diskaun dalam situasi tertentu jika item tersebut tidak boleh dibeli serta-merta disebabkan keperluan tindakan tambahan. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

      1. Penjual meminta kami hubungi mereka sebelum pembelian dibuat.

      2. Maklumat pesanan item tidak lengkap.

      3. Semakan keselamatan akaun untuk item berharga tinggi.

      4. Stok penjual (item telah habis, had pembelian, dan sebagainya).

    3. Untuk memastikan pesanan anda dibuat dalam tempoh promosi, kami sarankan anda membuat pesanan sekurang-kurangnya 2 – 3 hari sebelum promosi tamat.

    4. Promosi ini hanya terpakai untuk harga item dan tidak termasuk kos penghantaran.

    5. Kami tidak dapat membatalkan item selepas anda menekan butang pembayaran. Jika anda ingin membatalkan item, sila padamkan item tersebut dari troli sebelum membuat pembayaran. Pesanan dari Rakuma tidak boleh dibatalkan selepas bayaran dibuat, tanpa mengira sebab.

    6. Sebelum membeli, pastikan item tersebut boleh dihantar ke negara anda dan tidak tersenarai sebagai item terlarang. Kebanyakan item terlarang tidak boleh dipulangkan dan akan dilupuskan atas kos pembeli.

    7. Setiap pengguna hanya dibenarkan memiliki satu (1) akaun ZenMarket. Pengguna yang didapati memiliki lebih daripada satu akaun akan dianggap melanggar Terma & Syarat dan tidak layak menerima diskaun.

    8. ZenMarket berhak menyekat atau menyenarai hitam akaun yang melanggar Terma & Syarat.

    9. Pengguna yang menyertai kempen ini dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat.

    10. ZenMarket berhak membuat keputusan akhir mengenai kesahihan item untuk promosi ini. Sebarang keputusan oleh ZenMarket adalah muktamad.

    11. Nilai item akan tetap diisytiharkan pada harga asal penuh untuk tujuan cukai dan kastam. Contohnya, jika harga asal ialah 1,000 yen dan selepas diskaun menjadi 900 yen, nilai yang diisytiharkan tetap 1,000 yen.

Berikut cara melakukannya dalam 5 langkah:

  1. Akses Rakuma melalui tab khusus (Penjual Kedai atau Penjual Individu) di ZenMarket.
  2. Cari produk Rakuma melalui ZenMarket.
  3. Tambah item ke troli beli-belah anda.
  4. Masukkan kod kupon semasa checkout.
  5. Bayar item Rakuma anda melalui ZenMarket.

Sila ambil perhatian bahawa pembelian di Rakuma adalah muktamad. Jika anda ingin membatalkan sesuatu item, sila klik ikon tong sampah di sebelah butang pembayaran sebelum membuat bayaran. Selepas pembayaran dibuat, kebanyakan pesanan tidak boleh dibatalkan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara membeli di Rakuma, sila rujuk panduan penuh beli-belah di Rakuma.

Apabila anda membeli item di Rakuma, anda perlu membayar:

  1. Harga item
  2. Caj penghantaran domestik (daripada penjual ke gudang ZenMarket)
  3. Caj Perkhidmatan ZenMarket (¥500 setiap item atau lot)

Selalunya, kos penghantaran domestik (antara penjual dan ZenMarket dalam Jepun) sudah termasuk dalam harga, tetapi dalam sesetengah kes, penjual menyatakan penghantaran "cash on delivery". Dalam situasi ini, ZenMarket tidak dapat mengetahui kos sebenar sehingga item tiba di gudang kami. Kami akan membayar caj penghantaran tersebut apabila item sampai dan jumlah tersebut akan ditolak daripada baki akaun ZenMarket anda.

Tidak, ZenMarket tidak boleh merunding harga item di Rakuma dengan penjual bagi pihak anda. Harga yang ditetapkan oleh penjual adalah muktamad. Kami tidak dapat meminta harga lain, walaupun atas permintaan khas.

Kami membuat penghantaran ke kebanyakan negara / wilayah. Sila semak pilihan penghantaran untuk negara anda di kalkulator caj penghantaran antarabangsa kami.

Tips semasa membeli-belah di Rakuma

Membeli-belah di platform seperti Rakuma di Jepun ialah cara terbaik untuk mencari barangan yang unik dan mampu milik. Berikut beberapa tip dan trik untuk bantu anda menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih lancar.

Rakuma Product Image

Perhatikan gambar item dengan teliti

Sentiasa semak gambar dengan cermat untuk memahami keadaan sebenar produk tersebut.
Rakuma Seller rating

Lihat profil penjual

Profil setiap penjual mengandungi maklumat tentang penilaian dan jumlah item yang telah dijual. Gunakan maklumat ini untuk menilai reputasi mereka di platform Rakuma.
Rakuma Product Discription

Baca penerangan produk dengan teliti

Perhatikan setiap butiran, terutamanya berkaitan dengan keadaan item.

Temui item kesukaan anda dari Jepun sekarang

Dengan platform seperti Rakuma, anda akan terkejut dengan pelbagai barang menarik. Jangan buang masa dan mula terokai barang rare yang hanya terdapat di Rakuten Rakuma.

Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan Dasar Privasi dan Kuki kami.
Kira penghantaran anda