MS desktop sakura v11 MS desktop sakura v11

Penjimatan Sakura untuk Penghantaran Pertama!

Macam keindahan sakura yang cepat berlalu, tawaran istimewa ini pun sekejap saja!

Nikmati diskaun eksklusif untuk penghantaran antarabangsa bagi parcel pertama anda—peluang terbaik untuk hantar sesuatu yang baru, seiring dengan musim permulaan segar.

Jangan biar tawaran ni berlalu begitu saja—daftar dan mula hantar hari ini!

25% diskaun penghantaran

Diskaun sehingga 6,000 yen.
Untuk parcel pertama anda!

1/3/2025 00:00 ~ 15/3/2025 23:59 (JST)

Kempen akan berakhir pada:

Lihat Terma & Syarat!

Sila semak terma dan syarat berikut dengan teliti untuk memastikan anda layak dan boleh menggunakan diskaun ini:

Pengguna yang menghantar parcel pertama mereka melalui ZenMarket ke destinasi yang mengambil bahagian menggunakan kaedah penghantaran yang layak dalam tempoh promosi boleh menikmati diskaun sehingga 25% (maksimum 6,000 Yen) dengan kod promo WELCOME25.

Tempoh Promosi:
1/3 00:00 hingga 15/3 23:59 2025 (JST)

Kaedah Penghantaran Layak:
Semua kecuali Surface

Negara yang Terlibat:
Kempen ini hanya tersedia untuk negara berikut:

  • Brunei Darussalam
  • China
  • Hong Kong
  • India
  • Indonesia
  • Macau
  • Malaysia
  • Filipina
  • Singapura
  • Taiwan
  • Thailand
  • Turki
  • Vietnam

Diskaun:
Diskaun 25% daripada caj penghantaran, sehingga jumlah maksimum diskaun 6,000 Yen.

Terma & Syarat Tambahan:

  • Kod Promo hanya sah untuk parcel yang dibayar dalam Tempoh Promosi. Masukkan kod promo semasa membuat bayaran untuk penghantaran dalam tempoh ini untuk menerima diskaun. Parcel yang dibayar di luar tempoh promosi tidak layak menerima diskaun.
  • Hanya parcel yang dihantar menggunakan Kaedah Penghantaran Layak akan menerima diskaun. Parcel yang dihantar menggunakan kaedah lain tidak layak untuk diskaun.
  • Parcel mesti dihantar ke salah satu Negara yang Terlibat. Parcel yang dihantar ke negara lain tidak layak menerima diskaun.
  • Jumlah diskaun akan dikira berdasarkan caj penghantaran sebenar pada masa pembayaran, dan tidak akan melebihi jumlah maksimum diskaun.
  • Jumlah maksimum diskaun untuk kempen ini ialah 6,000 Yen.
  • Selepas kod promo digunakan dan parcel yang layak telah dibayar, parcel tersebut tidak boleh diubah dalam apa-apa cara. Jika terdapat sebarang perubahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembatalan parcel, pembungkusan semula, atau penambahan barang, diskaun penghantaran boleh terbatal.
  • Setiap pengguna hanya boleh menggunakan Kod Promo sekali sahaja. Diskaun hanya terpakai untuk 1 parcel bagi setiap akaun.
  • Pengguna hanya dibenarkan mempunyai satu akaun ZenMarket. Pengguna yang didapati mempunyai lebih daripada satu akaun akan dianggap melanggar Terma & Syarat dan tidak layak menerima diskaun.
  • Kod Promo tidak boleh ditukar dengan dana ZenMarket atau nilai tunai lain.
  • Pastikan anda menyemak sekatan kaedah penghantaran sebelum membuat parcel anda.
  • Sila ambil perhatian bahawa proses pembungkusan parcel mungkin mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja atau lebih. Untuk memastikan anda dapat menggunakan Kod Promo dalam Tempoh Promosi, kami mengesyorkan anda membuat parcel lebih awal (3 hingga 5 hari bekerja).
  • Jika anda meminta pertukaran kaedah penghantaran selepas parcel dibungkus, pemeriksaan tambahan akan dilakukan dan boleh mengambil masa sehingga 48 jam. Untuk memastikan anda dapat menggunakan Kod Promo, kami mengesyorkan supaya anda tidak membuat permintaan pertukaran kaedah penghantaran dalam masa 48 jam sebelum promosi tamat.
  • Sebelum membeli sebarang barang, sila pastikan ia boleh dihantar ke negara anda dan bukan dalam senarai barang larangan antarabangsa. Dalam banyak kes, barang yang tidak boleh dihantar tidak boleh dipulangkan dan akan dilupuskan atas kos pembeli.
  • ZenMarket berhak membuat keputusan akhir berhubung sebarang pertikaian mengenai kelayakan barang untuk tawaran kempen ini. Keputusan yang dibuat oleh ZenMarket adalah muktamad.
  • Pengguna yang menyertai kempen ini dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini.

Semasa proses pembayaran, gunakan kod  WELCOME25 dan jumlah pembayaran yang betul akan dipaparkan secara automatik untuk anda.

Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi team kami melalui Tab Mesej akaun ZenMarket anda.

Kami menghantar ke kebanyakan negara/wilayah. Sila semak pilihan penghantaran untuk negara anda di kalkulator caj penghantaran kami: 

Jika tiada kaedah penghantaran dipaparkan untuk negara/wilayah anda, kemungkinan besar kami tidak dapat menghantar ke destinasi yang anda inginkan, bermakna anda tidak dapat menyertai kempen ini.

Ketersediaan destinasi tertakluk kepada perubahan berdasarkan laluan yang diberikan oleh penyedia penghantaran kami.

ZenMarket menawarkan pelbagai kaedah pembayaran untuk memenuhi keperluan pelanggan di seluruh dunia, termasuk pilihan popular seperti Mastercard, Visa, American Express, Stripe, PayPal, Crypto, Wise, Pindahan Bank, Google Pay, Apple Pay, dan banyak lagi pilihan serantau.

ZenMarket menggunakan sistem dompet yang membolehkan anda mengunci kadar pertukaran yang menguntungkan pada waktu yang sesuai, serta mempercepatkan masa untuk mula membeli-belah semula jika anda kehilangan lelongan. Dana yang didepositkan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa (pengeluaran mungkin mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk diproses).

*Ketersediaan kaedah pembayaran tambahan bergantung pada wilayah pembayaran - lihat halaman Tambah Dana di akaun anda untuk maklumat lanjut (log masuk diperlukan).

Semasa berbelanja dengan ZenMarket, terdapat banyak pilihan penghantaran yang tersedia. Sama ada anda memerlukan item dengan cepat atau ingin menyeimbangkan kos, anda boleh memilih penyedia yang paling sesuai untuk anda. ZenMarket hanya bekerjasama dengan rakan penghantaran yang dipercayai dan boleh diharap di seluruh dunia.

*Ketersediaan kaedah penghantaran bergantung pada wilayah dan produk. Pengguna boleh memilih kaedah penghantaran pilihan mereka dari kaedah penghantaran yang layak untuk produk/wilayah mereka. Sila semak pilihan penghantaran untuk negara anda di kalkulator yuran penghantaran kami.

Cara Menggunakan ZenMarket Untuk Beli-Belah Dari Jepun

1

Anda tambah atau buat bidaan untuk item anda

Topup akaun melalui kaedah pembayaran pilihan anda dan bayar untuk membuat pesanan pembelian

2

Kami beli untuk anda

Item anda akan ditanda sebagai "Sudah dibeli" setelah penjual mengesahkannya

3

Penjual hantar produk ke gudang ZenMarket.

Setelah barang anda sampai ke kami, anda boleh pilih untuk simpan secara percuma selama 60 hari atau terus buat bungkusan untuk penghantaran antarabangsa

4

Kami hantar bungkusan dari Jepun ke alamat anda

Anda boleh gabungkan item daripada penjual/kedai berlainan ke dalam satu bungkusan penghantaran antarabangsa untuk jimatkan kos

5

Bungkusan sampai ke tangan anda

Jangan lupa kongsikan pengalaman shopping anda di media sosial!

Tak tahu cara membeli-belah di ZenMarket? Jom Lihat Sini!

Lihat tutorial ringkas kami tentang cara ZenMarket berfungsi.

Klik pada gambar ini untuk menonton video penerangan kami. Kami akan ringkaskan proses memesan barang terus dari Jepun dengan ZenMarket.

Sebagai alternatif, anda juga boleh membaca blog tutorial penuh kami dengan klik butang di bawah.

Tutorial cara beli di ZenMarket

Apakah produk yang boleh dibeli?

ZenMarket memenuhi hampir semua pembelian produk fizikal yang dijual dalam talian di Jepun. Dari barangan hobi dan koleksi, anime, merchandise idola dan JPOP, konsol permainan, peralatan sukan, barangan fesyen, figura aksi, dan banyak lagi.

Pastikan barangan yang anda beli tidak dilarang untuk dibawa masuk oleh pejabat kastam tempatan di negara/wilayah destinasi parcel anda.

sakura sale category figures

Merch Anime

Lihat Lanjut
sakura sale category fishing

Peralatan Memancing

Lihat Lanjut
sakura sale category snacks

Snek Halal

Lihat Lanjut
sakura sale category car parts

Bahagian Kereta

Lihat Lanjut
zenpoint v3

Dapatkan ZenPoints dengan menghantar parcel pertama, kedua, dan ketiga anda!

Selepas anda menghantar parcel pertama anda, anda akan menerima 500 ZenPoints (1 ZenPoint = 1 Yen) untuk digunakan pada penghantaran antarabangsa parcel anda yang seterusnya.

Ketahui lebih lanjut tentang ZenPoints di sini.

Baca lanjut

Mula Belanja Sekarang Di Platform Kegemaran Anda

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?

Daftar sekarang untuk dapatkan tambahan diskaun 500 Yen untuk penghantaran antarabangsa
dalam bentuk ZenPoints!

Daftar Sekarang
Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan Dasar Privasi dan Kuki kami.